samak ke, ke x samak??

case study:

sebulan yang lepas, residence hall aku telah mengadakan
welcoming party untuk new residents..
oleh sebab teruja dengan BBQ yang diwar-warkan,
ramaila orang yang join party ni..
aku pon termasuklah, sebab dapat makan free..
lagipon, kami diberitahu bahawa halal food will be provided..
so, no doubt langsung la masa tengah queue nk ambil makanan tu..
aku pon ambiklah beberapa keping daging burger..
bercampur la tebal nipis x kira dah..
nak dijadikan cerita, Allison si manager Huia residence ni
nampakla dalam pinggan aku n yana, ade banyak burger..
so dia pon tegur, cakap, excuse me..u can have only one burger and one lamb..
n besides, i dont think that those burger are halal..
oh WTF! memang macam ape je la..
seyes kami tekejut sangat sebab tadi dia cakap semua makanan adalah halal..
kami pon cepat2 letak balik burger2 tu..
masing2 still blur tak tau nak buat ape..
line pulak dah makin dekat ngan tray roti2,
so kami letak jela roti2 tu atas pinggan bekas pork burger td tu..
di samping tu mulut pon bising2 la pass msg
kt other Muslims yg sebenarnya daging2 burger tu semua tak halal..
masalahnya, dah ramai muslim friends
yang dah start makan meal diorang,
sebab diorang dah beratur lagi awal..
masa tengah makan roti and salad tu,
kami bincang2 la pasal benda ni,
and masing2 memang marahla sebab
si Allison tu wat maen2 pasal benda halal haram ni..
akan jadi darah daging kot..hmm..

persoalannya..

cane dengan pinggan n tangan kami
yang pegang2 pork burger tu?
kene samak ke tak samak?
benda ni dah sebulan berlaku,
baru semalam aku terpikir balik pasal benda ni..
hanis cakap, dia was2..aku pon was2..yana pon was2..

bila tengok kt internet, perlu ke disamak pinggan tu,
ada yang cakap perlu, ada yang cakap x..


Dalil Kenajisan Khinzir Dan Cara Menyucikannya.

Dalil yang digunakan dalam kefahaman ini ialah firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:

Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai, atau darah yang mengalir, atau daging babi - kerana sesungguhnya ia adalah najis.” [al-An’aam 6:145]

Jika daging khinzir adalah najis, sudah tentu keseluruhan badan dan anggota khinzir adalah najis juga. Ini kerana daging merupakan bahagian yang utama bagi seekor haiwan sehingga jika ia najis, sudah tentu selainnya adalah najis.

Cara untuk menyucikan diri daripada khinzir ialah menyamaknya dengan tujuh basuhan air dengan basuhan yang pertama disertai dengan tanah. Ini merujuk kepada cara menyucikan diri daripada sentuhan anjing berdasarkan hadis:


“Apabila seekor anjing minum dalam bekas salah seorang daripada kamu, maka basuhlah ia tujuh kali.” [Shahih al-Bukhari – hadis no: 172 (Kitab Wudhu, Bab jika anjing minum daripada bekas air……)]


oleh sebab malas nak berwaswas lagi,
pagi tadi tanpa berlengah2 terus turun bawah amek tanah dan samak!
alhamdulillah, rasa lega..senang je prosesnya..


ini tanah, amek kt depan pintu depan huia je,InsyaAllah suci kot?


ini proses menyamak,basuhan pertama dengan air tanah


ini pinggan yang sudah suci, hmmm barula rasa lega sangat2

0 komen:

Post a Comment