Showing posts with label self reminder. Show all posts
Showing posts with label self reminder. Show all posts

ya Allah, permudahkanlah bagiku..

"Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya" [An-Najm:39]


Ya Allah..

aku bersyukur sangat2 dihantar belajar tinggi2 sampai luar negeri..
tapi..ade jugak dugaan dari-Mu ya Allah..
sungguh..
Allah takkan uji seseorang hambaNya melebihi kemampuan hambaNya itu..
aku yakin sangat aku akan tabah hadapi dugaan ni, insyaAllah..
dari dulu lagi dugaan ni ada..

sebetulnya, macam ayat Quran surah an-Nasr: 3..maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampunan kepada-Nya. Sungguh, Dia Maha Penerima taubat..

bila tadabbur ayat ni, rasanya maksudnya macam, apabila kita dapat something contohnya berita gembira, cakaplah Alhamdulillah..dan jangan pulak lupa nak ucapkan Astaghfirullahalazim..sebab, ape yang kita dapat tu (berita gembira tu) adelah suatu ujian jugak dari Allah..Allah nak tengok, adekah kita bersyukur kepadaNya..

akulah yang termasuk dalam golongan2 yang tak bersyukur..sebab sebelum ni, aku tahu aku sedang diuji dengan berita gembira..contonhya result exam..masa tu diri dah sedar, ada something somewhere wrong sebab result exam dulu2 agak sangat baek..padahal usaha memang kurang..that's why aku (insyaallah) masa dulu tak riak..sebab tahu itu ujian Allah..sebab diri memang sedar result yang bagus tu, bukan sebab usaha diri sendiri..itu bersandarkan keberkatan dari Allah, doa dan sebagainya..

tapi sekarang, Allah dah tarik nikmat yang aku dapat dulu..mungkin sebab aku tak bersyukur dengan nikmat yang dulu tu..sekarang ni, aku dah rasa apa yang Allah dah peringatkan dlm surah An-Najm:39 tu..what u give, u get back..ape yang kita usahakan, itulah yang kita dapat sebagai balasannya..so memang padanlah result semester 1 ni dengan usaha aku selama ni..aku nak rasa down, sebab memang patut rasa down pon..tapi, alhamdulillah aku dh aware dengan ayat tu..so memang padan muka lah, sesuai dengan usaha aku selama ni..ini pon ujian Allah jugak, so aku akan ambil ni sebagai iktibar, insyaAllah..aku doakan agar diri akan tabah hadapi hidup ni, dan sentiasa perbaiki diri lagi..bukan setakat hal-hal duniawi, tapi jugak hal-hal akhirat nanti..sebab selalu lupakan Allah la, Allah dah tak sayang dengan aku lagi..

doakan aku..
semoga aku dapat segulung ijazah..penuhi harapan mama..dan tak bazirkan wang yang kerajaan laburkan pada bakal2 guru macam aku ni..


aku harap sinar masih ada dalam hidup aku..
ya Allah, permudahkanlah urusanku..


tazkirah #1 :: siapa yang paling berani?

::Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani::

kadang2 takut dikata 'alim', kita menolak untuk mengerjakan solat-solat sunat ,
kadang2 takut di kata 'macam bagus ah ko ni', kita sering kalah,diam dan akhirnya mengumpat bersama,
kadang2 takut di kata 'macam baik je', kita sering leka dan mengabaikan suruhan Dia,
kadang-kadang takut di kata 'ustaz/ustazah', kita sering menolak kebenaran yang kadang2 pahit..


kerana tatkala itu,
bukan lagi akhirat merajai dalam diri,
tapi dunia, menjadi tuan.


‘beruntungla orang yang dapat menjadi tuan kepada dirinya,
pemandu untuk nafsunya,
dan menjadi kapten untuk bahtera hidupnya.’
-sayidina Ali


usaha.usaha.usaha.caiyok! =)

ayuh kita lihat siapa orang yg paling berani??


Orang Paling Berani

Al Bazzar meriwayatkan dalam kitab Masnadnya dari Muhammad bin Aqil katanya, "Pada suatu hari Ali bin Abi Talib pernah berkhutbah di hadapan kaum Muslimin dan beliau berkata, "Hai kaum Muslimin, siapakah orang yang paling berani ?"
Jawab mereka, "Orang yang paling berani adalah engkau sendiri, hai Amirul Mukminin."
Kata Ali, "Orang yang paling berani bukan aku tapi adalah Abu Bakar. Ketika kami membuatkan Nabi pondok di medan Badar, kami tanyakan siapakah yang berani menemankan Rasulullah s.a.w dalam pondok itu dan menjaganya dari serangan kaum Musyrik ? Di saat itu tiada seorang pun yang bersedia melainkan Abu Bakar sendiri. Dan beliau menghunus pedangnya di hadapan Nabi untuk membunuh siapa sahaja yang mendekati pondok Nabi s.a.w. Itulah orang yang paling berani."

"Pada suatu hari juga pernah aku menyaksikan ketika Nabi sedang berjalan kaki di kota Mekah, datanglah orang Musyrik sambil menghalau beliau dan menyakiti beliau dan mereka berkata, "Apakah kamu menjadikan beberapa tuhan menjadi satu tuhan ?" Di saat itu tidak ada seorang pun yang berani mendekat dan membela Nabi selain Abu Bakar. Beliau maju ke depan dan memukul mereka sambil berkata, "Apakah kamu hendak membunuh orang yang bertuhankan Allah ?"

Kemudian sambil mengangkat kain selendangnya beliau mengusap air matanya. Kemudian Ali berkata, "Adakah orang yang beriman dari kaum Firaun yang lebih baik daripada Abu Bakar ?" Semua jamaah diam sahaja tidak ada yang menjawab. Jawab Ali selanjutnya, "Sesaat dengan Abu Bakar lebih baik daripada orang yang beriman dari kaum Firaun walaupun mereka sepuluh dunia, kerana orang beriman dari kaum Firaun hanya menyembunyikan imannya sedang Abu Bakar menyiarkan imannya."


P/s: bukan hasil tulisan saya..copy paste dari seorang sahabat(^_^)

watch ur step!

ummmmmmm..

mama saya nk hantar baju raya, yay!
so bermanja2 ngan kakda mintak kasut raya jugak..
eleh bukan mahal pon, sandal crocodile rm55 je pon sepasang..
hmm..pastu dia konfius..
nk sandal crocs ke, sandal crocodile?
nk sandal crocs yg ade tanda kalimah Allah tu ke?
eh? betul ke?ade ke?
so pegila check kt tenet..

hmm..
mungkin ramai yg still x perasan..
macam aku jugak la..
so bila tengok, memang betul la..
jahatnya org kapir..
sanggup mainkan nama tuhan kita,
bagi semua orang pijak kalimah Allah tu..
aku ade sepasang selipar crocs tu..
so macam sedeh sangat bila tau kalimah tu aku pijak tep2 hari..
hmm..







kalo concern dan yakin yg mmg ini sengaja direka untuk hina tuhan kita, jangan pakai lg ye?

x kesah la beli mahal2 ke, kikis la logo tu..
kalo nk pakai jugak sandal jenis cmtu, beli je yg x ori, at least dpt la kurangkan sokongan utk crocs..

p/s: tp mmg x suka sandal crocs ni, org nk yg sandal crocodile beli kt pacific star parade tu la!!

sahabatku, sila tabah..

salam..

bila dengar kisah ibu seorang sahabat jatuh sakit, sayu je rasanya..
risau pon ade..
sebab jauh sangat dengan mama saya..
tak mampu nak tatap muka..
hanya mampu mendengar suara..
jadinya, saya tak kisah habiskan wang ringgit nk topup kredit fon untuk call dengar suara mama saya tiap2 hari..kadang2 selang 2 hari..
sebab ini je cara saya boleh pastikan mama saya baik2 saje..
biarlah berhabis sekarang..
sebab nanti, kalo orang tua dh takde, banyak mana duit yg kita ada pon, tak mampu nk bayar untuk dengar suara mereka..
lagipon, ini lagi bagus dari guna kredit nak dengar suara bf..

bila dengar khabar seorang sahabat kehilangan ayahandanya, hati makin sayu..
teringat arwah abah..
unexpected..
dalam masa 1o menet, sume dh bertukar..
macam baru semalam cakap ngan arwah..
pegi market same2..
pegi pasar malam same2..
tengok tv same2..
tengok gusti same2..
paling sayu, ingat lagi malam tu bancuhkan arwah air milo sebab abah nk mkn ubat..
pastu ajak makan biskut oreo..
pastu cakap gudnite..

betullah, selalunya orang yg baik selalunya akan pergi dulu menyahut seruan Ilahi..

sekarang, saya hanya ada mama saya..
sebab itulah saya nak balik jugak Malaysia summer nanti.
selagi ada orang tua, baliklah jumpak mereka..
sebab ajal maut di tangan tuhan.. sampai masanya, tak lebih tak kurang sesaat pon Izrail akan cabut nyawa kita..
walaupon tau je, selama inipon, Allah yg jaga kita..
jagaan kita tak seberapa pon..
tapi, nk balik jugak..
sebab mama saya rindu kat saya..
saya takmau dia sedih2 sebab ingat kt saya..
lagipon rindu kt arwah abah..
nk pergi kubur..

mungkin anda-anda sekalian belum tahu perasaannya bila dh kehilangan orang tersayang..
bila ajal menjelma, terpaksa terima dengan redha..
semua yang hidup, pasti akan kembali kepada-Nya..
itu hakikat..
tapi hidup mesti diteruskan..
bahagiakan ibu bapa yang masih ada..
sebab nanti akan menyesal bila kesempatan dh diberi, tapi tak gunakan baik2..

apa2 pon, salam takziah buat sahabat2 saya yg kehilangan insan2 tersayang..saya dh lalui semua tu..rasanya kita berkongsi rasa yg sama..buat yg masih punya ibu bapa,hargailah mereka..tak mungkin akan ada pengganti..

easter break, rotorua jom!

easter holiday is almost over!

huhu..easter break = 2 minggu..
minggu first, basically about finishing
the two assignments..
jadinya weekend baru start gi jalan2..

hmm..alhamdulillah..
punya kesempatan waktu dan wang
untuk pergi jalan2 tengok bumi newzealand ni..
rasanya trip ke Rotorua ni, menarik sekali..
bukan setakat seronok dapat tengok apa yang diimpikan sejak dulu,
tapi jugak sebab dapat kenal sister2 kat sini..

padahal biasa je kalau kita berkenalan dengan orang ramai..
tapi bila dapat bergaul mesra dengan kawan2 baru ni,
rasa macam lain pulak..
yela..style mereka2 ni, lebih kepada betul2 muslimah sejati..
diri sendiri rasa malu dan segan bila
tudung makin singkat, baju makin ketat..
rasanya, inila yg orang maksudkan..
persekitaran, terutamanya rakan2 sebaya
selalu mempengaruhi gaya hidup seseorang tu..
it's not that i'm saying rakan2 selama ni tak baik,
tapi sister2 baru ni, mereka lebih tonjolkan ciri2 mukmin sejati..
cewahh..

hmm.. contohnya jelas..
terutamanya cara mereka2 ni, appreciate kejadian alam ciptaan Allah..
paling tersentuh sekali, masa dekat lake taupo..
bayangkan, tengah seronok bising2 ambil gambar sunset,
tetibe semua orang diam..
rupanya masing2 dh duduk menghadap matahari yg cantik terbenam tu,
membaca ma'thurat..
ya Allah.. tak pernah2 aku buat macam tu selama ni..
selalu bila tengok alam ni, hanya cakap wow, cantiknya..
islamik sikit, bila cakap Subhanallah..
tapi takdak pulak sampai mengingati Allah dengan baca ma'thurat segala..

so..kalau nk cakap tahap kepuasan pergi jalan2 ikut trip ni,
rasanya, memang puas kot..
bukan sebab tempat2 yg dilawati tu best sangat2..
bukan sebab accommodation teratur..
bukan sebab dpt makan dengan puas 3 kali sehari walaupon bayar murah..
tapi sebab terasa ada sesuatu yang terkesan dalam hati..
Alhamdulillah..
rasanya, kali ini..
bukan tengok alam ni dengan sia2 ( i mean, tengok je),
tapi lebih kepada menghargai ciptaan tuhan..


dengan itu terngiang2 pulak lagu mirwana ni, hikmah kembara..


Di sini kau berdiri berpijak di bumi
Menjunjung langit yang luas
Pernahkah kau terfikir alam penuh rahsia
Anugerah yang Maha Esa

Berjalan bermusafirlah...
Melihat kebesaran Tuhan yang diciptakan untuk
Mereka yang berfikir dan bersyukur
Di atas nikmat dan kurniaNya
Nilai harganya iman dan taqwa
Bagi hamba yang setia

Tiada beza warna kulit atau rupa
Yang ada hanya insan yang lemah...
Dengan satu tujuan mencari keredhaan
Dan berbudi di bumi Tuhan...

Fikirkanlah...ke mana arah kita
Renungilah...ooo
Hikmah kembara menuju kasih
Buktikan cinta kita kepadaNya...
Ini kembara kita

Berjalan dan bermusafirlah...
tuk melihat kebesaranNya
Lantas berfikir dan bersyukur
Di atas nikmat dan kurniaNya
Nilai harganya iman dan taqwa
Bagi hamba yang setia.


memang lirik ni, kena betul dengan kembara..
patut la tajuk dia, hikmah kembara..
sama je ngan apa yg aku asa..
hikmah yang aku dapat lepas g jalan2..






p/s: serius tak tipu, rasa sangat dibless oleh Allah sepanjang trip ni..
tema trip adalah L.O.V.E, means kami gunakan simbol love tu ♥(heart)
dan sila tengok gmbar ni, ade rupa ♥ ?
Maha Suci Allah..rasa macam sangat Allah berkati..


effective learning style


effective learning style?
wow, tajuk itu sungguh academic oriented..
umm..apakah yg dimaksudkan dengan effective learning style?
haha bertambah gempak bunyinya..

padahal takde mende..
ini hanyalah cerita pasal kemalasan aku untuk belajar..
aku memang problematic bila ade sangkut paut dengan academic task..
huhu..based on the VARK test, aku ni under category visual n verbal learner..jadinya, perlu bagi tumpuan banyak2 masa lecture n sambil tu catat note..
itu dh lama aku tau..
yg terbaru, baru tau kene dok depan2 or in T zone,
so that bleh fokus n would not be distracted by others' movement ke ape2 jela..
dan satu lagi yang aku kenal style aku,
i have to talk to myself or somebody else
masa nk digest lecture tu..
jadinya, lecturer dok cakap kat depan,
aku pon dok mengupas isu yang lecturer tengah cakap kat depan tu
untuk didigestkan bersama2 cliques aku cik hanis dan cik haliana..
hahaha..memang orang sumpah seranah kat aku la sebab bising..
tiap2 hari kena tegur..

hmmm..kalau bab assignment and study skills,
aku memang orang yang jenis buat last minute work..
walaupon dah paksa2 diri suruh study or revise pape,
aku tak boleh nak fokus..
aku boleh je baca notes yang berpuluh2 helai tu,
tapi aku rasa aku buat benda bodoh..
kenapa?
sebab aku tak paham apa2 yang aku baca..
tapi..
bila waktu dah suntuk or bila aku nak kene wat kerja lain pulak,
tiba2 kalau baca sebaris ayat pon terus paham,
dan mood pon terus datang..
oh inikah namanya swing mood?
entahla..

hmmm..aku memang salute sangat2 dengan orang2 yang mampu plan
and laksanakan kerja2 mereka on time..
i did plan my work, tapi x pernah carry out plan tu..
i've tried, tp failed!
i'm too good at wasting my time..haha..
macam sekarang ni..
menulis tanpa motif,erkk?
asalnya nk on laptop sebab nk print soalan assignment,
tapi pegi menulis blog pulak..
tulis essay assignment tak mau pulak..aduh..
macam mana la nak atasi sikap malas dan suka bertangguh ni?
ini dari darjah satu lagi muka ni slalu tak siap keja skolah
kene duduk kt luar kelas kena buat sampai siap..
and imagine, pasni nak jadi cikgu plak tu..
alahai..habisla anak2 murid aku..
semangat memang tinggi nak mengajar, tapi pemalas macam hape je..
macam mana la nanti keje lesson plan ke mana,
nak marking buku anak murid lagi, nk tanda kertas soalan exam lagi..fuhfuh..

p/s: mari mendoakan diri kita semua supaya rajin2 belajar menimba ilmu pengetahuan, amin..

samak ke, ke x samak??

case study:

sebulan yang lepas, residence hall aku telah mengadakan
welcoming party untuk new residents..
oleh sebab teruja dengan BBQ yang diwar-warkan,
ramaila orang yang join party ni..
aku pon termasuklah, sebab dapat makan free..
lagipon, kami diberitahu bahawa halal food will be provided..
so, no doubt langsung la masa tengah queue nk ambil makanan tu..
aku pon ambiklah beberapa keping daging burger..
bercampur la tebal nipis x kira dah..
nak dijadikan cerita, Allison si manager Huia residence ni
nampakla dalam pinggan aku n yana, ade banyak burger..
so dia pon tegur, cakap, excuse me..u can have only one burger and one lamb..
n besides, i dont think that those burger are halal..
oh WTF! memang macam ape je la..
seyes kami tekejut sangat sebab tadi dia cakap semua makanan adalah halal..
kami pon cepat2 letak balik burger2 tu..
masing2 still blur tak tau nak buat ape..
line pulak dah makin dekat ngan tray roti2,
so kami letak jela roti2 tu atas pinggan bekas pork burger td tu..
di samping tu mulut pon bising2 la pass msg
kt other Muslims yg sebenarnya daging2 burger tu semua tak halal..
masalahnya, dah ramai muslim friends
yang dah start makan meal diorang,
sebab diorang dah beratur lagi awal..
masa tengah makan roti and salad tu,
kami bincang2 la pasal benda ni,
and masing2 memang marahla sebab
si Allison tu wat maen2 pasal benda halal haram ni..
akan jadi darah daging kot..hmm..

persoalannya..

cane dengan pinggan n tangan kami
yang pegang2 pork burger tu?
kene samak ke tak samak?
benda ni dah sebulan berlaku,
baru semalam aku terpikir balik pasal benda ni..
hanis cakap, dia was2..aku pon was2..yana pon was2..

bila tengok kt internet, perlu ke disamak pinggan tu,
ada yang cakap perlu, ada yang cakap x..


Dalil Kenajisan Khinzir Dan Cara Menyucikannya.

Dalil yang digunakan dalam kefahaman ini ialah firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:

Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai, atau darah yang mengalir, atau daging babi - kerana sesungguhnya ia adalah najis.” [al-An’aam 6:145]

Jika daging khinzir adalah najis, sudah tentu keseluruhan badan dan anggota khinzir adalah najis juga. Ini kerana daging merupakan bahagian yang utama bagi seekor haiwan sehingga jika ia najis, sudah tentu selainnya adalah najis.

Cara untuk menyucikan diri daripada khinzir ialah menyamaknya dengan tujuh basuhan air dengan basuhan yang pertama disertai dengan tanah. Ini merujuk kepada cara menyucikan diri daripada sentuhan anjing berdasarkan hadis:


“Apabila seekor anjing minum dalam bekas salah seorang daripada kamu, maka basuhlah ia tujuh kali.” [Shahih al-Bukhari – hadis no: 172 (Kitab Wudhu, Bab jika anjing minum daripada bekas air……)]


oleh sebab malas nak berwaswas lagi,
pagi tadi tanpa berlengah2 terus turun bawah amek tanah dan samak!
alhamdulillah, rasa lega..senang je prosesnya..


ini tanah, amek kt depan pintu depan huia je,InsyaAllah suci kot?


ini proses menyamak,basuhan pertama dengan air tanah


ini pinggan yang sudah suci, hmmm barula rasa lega sangat2

berhenti melabel,sila muhasabah diri..

hmmm..jika ada orang bertanya pada kamu, si polan ini si polan itu baikkah? kamu akan jawab apa ya? kalau saya, konfem2 la akan terkeluar yang negative dulu, baru yang positive pasal seseorang tu..tapi, tadi saya ada tefikir sejenak.. siapa saya nak cakap orang ini baik, orang itu jahat? siapa kamu nak cakap oarang ini baik, orang itu jahat juga kan?

ok..mari kita berfikir sejenak..

daripada observation saya, saya rasa semua kawan2 saya orang yang baik.. walau macam mana pon dia, dia mesti ada positive side dia kan?contohnya, ada orang yang jenis tak berkira nak menolong kawan, tapi suka menggedik cakap pasal laki..ada yang alim bagai tapi suka mengumpat..itu contoh jela..mungkin itu adalah sikap dan sifat mereka, nak buat macamana kan?
bagi mereka punya cliques, mestila kawan mereka itu baik..tapi bagi orang lain pulak, perangai itu tak sesuai dengan diri mereka so mereka melabel orang lain itu sebagai tidak baik..

tapi pernah ke orang yang dok label2 orang baik orang tak baik itu pikir pasal sikap and sifat diri dia sendiri?kamu baik sangat ke nak mengata orang itu jahat ke tidak..kalau kamu orang yang baik, mestila kamu tak melabel mengata orang sesuka hati kan?

hmmm..kesimpulannya, takde sape2 pada zaman kita ni seorang yang perfect..tiap orang ada kelebihan ada kekurangan tersendiri..so, berhenti melabel orang lain jika kamu sendiri tak reflect diri kamu sendiri terlebih dahulu..dah reflect diri sendiri, compare2 la sapa yang lagi baik, orang yang kamu cakap jahat itu ke, atau kamu sendiri ynag lebih jahat..

fine.it's ok.

ohhhhhhhh~
tersangatla berasa seperti annoying gila hari ni..
saya tau je sepertinya ramai je orang tak suka saya..
tapi hari ni memang dah konfem terang2 mereka tidak suka saya..
so apa boleh buat?
buat tak tau sudeh~

so peringatan untuk diri sendiri;

syida, orang tak suka u menyebok2 bagi komen..kalo mereka salah, tak payahla busybody nak tolong tegur..biarla mereka uruskan sendiri..ada ilmu lebih, simpan sorang2 sudeh~ jangan tegur, sebab manada orang suka ditegur..kan kan?so, bear these lines in your mind.

mind your own business..

keep your mouth to your own self..

lagi, you say it best when you say nothing at all!
paham?