berhenti melabel,sila muhasabah diri..

hmmm..jika ada orang bertanya pada kamu, si polan ini si polan itu baikkah? kamu akan jawab apa ya? kalau saya, konfem2 la akan terkeluar yang negative dulu, baru yang positive pasal seseorang tu..tapi, tadi saya ada tefikir sejenak.. siapa saya nak cakap orang ini baik, orang itu jahat? siapa kamu nak cakap oarang ini baik, orang itu jahat juga kan?

ok..mari kita berfikir sejenak..

daripada observation saya, saya rasa semua kawan2 saya orang yang baik.. walau macam mana pon dia, dia mesti ada positive side dia kan?contohnya, ada orang yang jenis tak berkira nak menolong kawan, tapi suka menggedik cakap pasal laki..ada yang alim bagai tapi suka mengumpat..itu contoh jela..mungkin itu adalah sikap dan sifat mereka, nak buat macamana kan?
bagi mereka punya cliques, mestila kawan mereka itu baik..tapi bagi orang lain pulak, perangai itu tak sesuai dengan diri mereka so mereka melabel orang lain itu sebagai tidak baik..

tapi pernah ke orang yang dok label2 orang baik orang tak baik itu pikir pasal sikap and sifat diri dia sendiri?kamu baik sangat ke nak mengata orang itu jahat ke tidak..kalau kamu orang yang baik, mestila kamu tak melabel mengata orang sesuka hati kan?

hmmm..kesimpulannya, takde sape2 pada zaman kita ni seorang yang perfect..tiap orang ada kelebihan ada kekurangan tersendiri..so, berhenti melabel orang lain jika kamu sendiri tak reflect diri kamu sendiri terlebih dahulu..dah reflect diri sendiri, compare2 la sapa yang lagi baik, orang yang kamu cakap jahat itu ke, atau kamu sendiri ynag lebih jahat..

0 komen:

Post a Comment